sahabat2 setia

Sunday, September 25, 2011

Saya dan Ikhwan Iraq

25 September 2011

Akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki ke bumi Nilai.Bumi yang penuh dengan nilai sentimennya yang tersendiri.Mana mungkin saya dapat melupakan bumi itu.Kerana disanalah, diri saya ‘ dibentuk’ pada hari ini.Mana mungkin juga saya melupakan bumi itu, kerana disanalah saya ‘difahamkan’ tentang tujuan saya dicipta.Mana mungkin saya melupakan bumi itu, walaupun pada hakikatnya, bumi itu sudah tua dan sudah mencapai klimaknya untuk roboh.Apapun yang akan terjadi pada bumi itu, jiwa dan memori saya tetap terpahat disana.

Rasa terpukul saya selaku pelajar aliran agama bilamana ditanya oleh seorang jurujual yang berasal dari Iraq ( waktu itu, saya sedang melakukan transaksi dengannya ).

“ Boleh saya bertanya? ”

“ na’am, jawab saya.( Dalam hati punyalah terkejut sebabnya Akh tersebut berkomunikasi dengan baik dalam bahasa malaysia ).

“ em, kenapa saya lihat ramai perempuan disini yang memakai pakaian yang menyerupai lelaki? Sedangkan dalam Sahih Bukhari ada menyatakan bahawa Allah melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki dan laki-laki yang menyerupai perempuan? Adakah ini ajaran Mazhab Syafie ataupun merupakan satu budaya? ”. Tanya Akh tersebut sambil mukanya mengharapkan jawapan dari saya.



“ Itu bukan ajaran Mazhab Syafie.Ini adalah doktrin dari barat. Masyarakat disini telah mengikut cara barat.” Jawab saya sambil menghembuskan nafas dalam kepayahan. (Saya rasa tidak perlu untuk saya terangkan dengan panjang lebar kepadanya kerana saya tahu, dia tahu jawapannya. Dia merupakan seorang mahasiswa dari USIM, dan bekerja sambilan di “ Kedai Syabab, UIA Nilai)

Dia tersenyum mendengar jawapan dari saya. “ Saya masih lagi tidak mendapat jawapan. Bagaimanakah sebenarnya ISLAM di MALAYSIA? Selama 4 tahun saya disini, saya masih lagi buntu ( ayatnya diolah sedikit agar mudah difahami ). Adakah ini disebabkan oleh Islam Hadhari? Di Iraq, perempuan-perempuan disana memakai purdah walaupun saya tahu purdah itu tidak wajib.Ramai perempuan-perempuan yang saya jumpa menyerupai lelaki dan memakai pakaian ketat. Sebaiknya mereka perlu memakai pakaian yang menutup aurat, seperti awak.” Sambungnya lagi.

“ Saya terkesima dan hilang kata-kata “. Lidah saya perit untuk mengatakan hakikat sebenar walaupun di hadapan mata saya menunjukkan bukti yang sebenar.

……………………………………………………………………………………….

Rasulullah S.A.W Bersabda :
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي
صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النس
ا
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Rasulullah S.A.W melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita ( HR Bukhari )

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"
( Sahih Muslim, bab jahanam dari kitab A;aadzal laahu minhaa 17:190 )

Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda :
"Diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan bila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".




Akhir kalam, saya menyeru perempuan-perempuan diluar sana.Kembalilah kepada fitrah kita yang sebenar.Malulah kita sekiranya kitalah punca ISLAM binasa.

1 comment:

  1. benar2,, lidahku juga kelu dan terkila dengan kenyataan dan persoalan2nya~

    ReplyDelete