sahabat2 setia

Saturday, May 14, 2011

APA KATA MEREKA TENTANG RASULULLAH..


Jadilah mata jauhari untuk mengenal permata asli.

NAPOLEON BONAPARTE (1769-1821 )

Maharaja Perancis

Nabi Musa mengenalkan kewujudan Tuhan kepada umatnya.Nabi Isa berbuat demikian pada dunia Romawi dan Nabi Muhammad kepada dunia seluruhnya. Saya berharap masanya tidak lama apabila saya berupaya menyatukan seluruh cendikiawan seluruh dunia dan menyusun satu pentadbiran bersama prinsip Al-Quran, satu panduan yang membawa kebahagiaan kepada umat manusia.”

ALPHONSE LAMARTINE ( 1790-1869 )

Pujangga dan negarawan Perancis

Ahli falsafah, pemidato, penyeru, penggubal undang-undang, pahlawan, penguasa idea, pengembali kepada pemikiran rasional, pelapor kepada dua puluh empayar dunia dan satu empayar rohani, beliaulah Muhammad. Untuk diukur kehebatan Muhammad dengan sebarang penanda aras, kita harus bertanya semula adakah orang yang lebih hebat daripadanya? “.

GEORGE BERNARD SHAW ( 1856-1950 )

Tokoh teater, jurucakap golongan sosialis dan pengkritik saatera Irish.Pemenang Hadiah Nobel 1925

Saya yakin sekiranya seorang lelaki sepertinya memerintah dunia moden kini, beliau akan berjaya mengungkai segala permasalahan sehingga membuahkan ketenangan dan kebahagiaan hidup yang begitu didambakan. Eropah kini mula tertarik dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Pada abad yang mendatang, tidak mustahil mereka akan mengiktiraf dan mempraktikkan ajaran tersebut dalam menghadapi masalah yang dihadapi. “

WILLIAM MONTGOMERY WATT ( 1909-2006 )

Profesor Kajian Bahasa Arab dan Islam, University of Edinburgh

Kerelaannya dalam mengalami penganiayaan demi keyakinannya, ketinggian akhlak orang-orang yang mempercayai dan menghormatinya sebagai pemimpin dan kegemilangan prestasi puncaknya, semua itu membuktikan ketulusan hatinya yang begitu sempurna. “

THOMAS CARLYLE ( 1795-1881 )

Karyawan dan Ahli Sejarah Scotland

“ Seorang lelaki yang benar. Benar di dalam perbuatan, percakapan dan benar di dalam ajarannya. Sememangnya seorang yang pendiam, memilih untuk berdiam pada kala tiada apa yang hendak dikatakan namun bermakna. Bijaksana serta tulus ikhlas tatkala beliau bercakap dan sering memberi penyelesaian kepada sesuatu perkara. Kata-katanya adalah sesuatu yang terus ke alam semesta.Seluruh manusia perlu mendengarnya. “

MAHATMA GHANDI ( 1869-1948 )

Pejuang Kemerdekaan India

Saya ingin mendalami kisah hidup seorang manusia terbaik yang mana pada hari ini bekas pengaruhnya hidup di hati jutaan manusia. Saya penuh berkeyakinan bahawa bukan melalui mata pedang yang menempatkan Islam di sisi peradaban hidup ketika itu. Mudah tanpa memberatkan, kerendahan hati Nabinya yang amat berhati-hati dengan perkataannya, keperkasaannya dan keberaniannya serta keyakinan mutlak kepada Allah dan seruannya. Dengan inilah Islam hidup dan berhadapan dengan sagala cabaran. “

REGINALD BOSWORTH SMITH ( 1784-1884 )

Bishop Protestant Amerika

Dengan sebuah kehebatan yang sangat unik di dalam sejarah, Muhammad dalah pengasas satu negara, satu kerajaan dan satu agama. Dia adalah gabungan daripada Kaisar dan Paus, tetapi dia adalah paus tanpa ada keinginan menjadi paus dan kaisar tanpa tentera dan pegawai, tanpa istana, tanpa upah dan pendapatan. Jika ada orang yang mempunyai hak untuk mengatakan bahawa dia dipimpin oleh Tuhan yang benar, itu ialah Muhammad. Dia mempunyai kekuatan tanpa peralatan dan tanpa dukungan. “

KAREN ARMSTRONG

Penulis Britain, pengarang beberapa buah buku perbandingan agama

Muhammad seorang genius yang sangat luar biasa. Dia bukan tokoh kegagalan, sebaliknya dengan keberhasi;lan yang sangat mengkagumkan. Merujuk kepada apa yang ada di sini dan pada saat ini, menjadi ciri khusus Islam tiada seorang yang lebih realistik berbanding Muhammad . Beliau seorang genius politik dan spiritual sekali gus. “

MICHAEL H.HART

Ahli Sejarah, matematik dan penyelidik Amerika

Beliaulah satu-satunya manusia yang begitu cemerlang di kedua-dua bidang. Agama dan dunia. Daripada permulaan yang begitu daif, Muhammad bangun dan menyebarkan salah satu dari agama besar dunia dan menjadi pemimpin negara yang begitu efektif. Pada hari ini, selepas tiga belas abad daripada kewafatannya, pengaruhnya tetap segar dan bertenaga. “

Nilailah setakat mana penghayatan kita kepada baginda Nabi Muhammad...

No comments:

Post a Comment