sahabat2 setia

Monday, April 18, 2011

Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimun







Salam perkongsian ilmu.Di sini ingin saya kongsikan ringkasan dari Buku Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimun.Banyak input dan perkongsian dari dasar hati Dr Yusof sendiri selama beliau menganggotai Ikwan ini.Moga buku ini dapat dijadikan bahan pembakar semangat buat anak-anak muda di luar sana yang menegakkan yang Haq ke arah melahirkan sebuah negara Islam.

Untaian mutiara kata yang sangat menyentuh hati Dr Yusof Qardawi :

“ Sesungguhnya kita ini kuat dengan bantuan Allah.kita tidak akan pernah menjadi lemah dengan pertolongan Allah.Kita ini mulia kerana Allah, dan tidak akan pernah jatuh miskin kerana Allah.Kami ingin mendidik umat islam dengan sikap yang baru yang sesuai dengan nilai-nilai islam.Kami ingin membina umat dengan akhlak islam dan membimbing mereka dengan sistem hidup islam agar umat islam dapat berjalan di belakang pemimpinnya yang terulung. Pemimpin yang paling mulia, Muhammad S.A.W.

( Di ucapkan ketika mana ceramah dari Ikhwan yang disampaikan oleh Assyahid Hasan Al-Banna cuba diganggu dengan gimik dari Parti Al-Wafd )

Titipan syair Dr Yusof Qardawi buat Assyahid Hasan Al-Banna..

Al-Muslimun Qadimun

Untukmu

Wahai imamku

Wahai guruku yang mulia

WWahai pembawa berita di zaman buta

Wahai pembawa petunjuk di dunia

Ke arah jalan Muhammad

Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam

Wahai yang berteriak lantang untuk islam

Putera-puterinya hanya pemuda muslim

Dia menulis untuk dunia

Sebuah dokumen kemenangan

Dia tidak akan menulisnya

Melainkan dengan darah

Mereka menyangka engkau telah mati sedangkan

Engkau hadir di tengah-tengah kami

Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah

Dan pelaku dosa

Mereka menyangka engkau telah tiada, sedangkan

Engkau menyaksikan kami

Kami ikuti jejakmu di setiap jalan yang gelap

Kemuliaan bersama kepimpinanmu

Yang memberi suluh

Yang telah kami bina tidakkan hancur

Cintamu akan selalu menetap dan melekat dihati

Peribadimu selalu ada dalam fikiran

Dan namamu selalu menghiasi bibir


Al-Ikhwan pada pandangan Dr Yusof Qardawi

1.Tempat perluasan pemikiran untuk memahami islam secara menyeluruh.Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, akidah dan syariat, ibadat dan kepimpinan, mushaf dan pedang.

2. Kewajipan amal jama’I ( kolektif ) untuk memenangkan islam.

3.Penekanan dalam dakwah yang tidah hanya pada tahap memelihara komitmen berguna bagi seorang individu muslim bahkan berubah pada tahap membina kebangkitan islam secara global, yang mampu menyentuh pemikiran dan mampu menghidupkan hati seluruh umat manusia di muka bumi.

4.Mengubah cita-cita biasa dan terbatas pada cita-cita besar dan universal.

5. Membebaskan mahasiswa Al-Azhar daripada terus terasing dalam masyarakat.

~ Semoga dapat beroleh manfaat ~

No comments:

Post a Comment