sahabat2 setia

Wednesday, October 13, 2010

Ketahuilah duhai ayah dan ibu…







Kehidupan sebagai anak hanya hanya akan tertunai apabila terlaksananya tanggungjawab kita kepada yang berhak iaitu mak dan ayah.setelah masing-masing keluar daripada rumah(dengan restu yer…) samada untuk mencari rezeki dan menuntut ilmu, tinggallah mak dan ayah dirumah...hehe…bukan tak sayang, bukan tak kasih, tapi itulah galang ganti bukti kasih dan sayang terhadap mereka…kasih sayang boleh dipamerkan bukan hanya dengan kehadiran, kata-kata, tapi yang paling penting melalui kuasa doa..doa seorang anak terhadap mak dan ayah..

Bagi yang bergelar mahasiswa/mahasiswi, waktu cuti adalah waktu yang paling terbaik untuk mencurahkan keringat membantu mak dan ayah…tak kisahla samada potong rumput, memasak, lipat kain yang bertimbun-timbun(kalah gunung stong…)basuh kain(senang je,…mesin basuh kan ada), kemas rumah, urut mak,picit ayah, iron baju mak dan ayah,..kalau nak diikutkan, tak ade nilai pun ape yang kita boleh curahkan dekat mak dan ayah…tu pun kadang-kadang mulut bising(Astagfirullahalazim..)

Cuti ni adalah cuti yang sangat bermakna…cuti yang boleh mematangkan fikiran. Pernah satu ketika…masa tu saya tengah urut kaki mak…(mak ade penyakit kencing manis, dan sekarang hanya berkaki satu…jadi kaki selalu lenguh…)…saje-saje nak bergurau senda lah katakan…saya pun bagitahu mak, alang-alang dah urut ni, peluh-peluh pun silih berganti keluar dengan peluh mak, kena ade upah la yer??..Mak saya cepat bertindak…terus mak bagitahu, kalau nak upah urut kaki mak, bak sini upah yang mak dah kandungkan, menyusu, melahirkan, dan menjaga saya.Terkesima.Terkedu.Saya hanya mampu senyum kambing yang berharga seposen…Memang itulah hakikatnya.






Dalam musim cuti ni jugak, saya telah berusaha untuk memikul peranan sebagai kakak yang bertanggungjawab.Adik lelaki saya dijangkiti demam campak…dia yang asalnya berbadan tegap, jadi lemah badan seketika. Ketinggiannya antara 173-174 inci, dan umurnya baru 17 tahun…memang dialah ahli keluarga saya yang paling tinggi…huhu..syabas2!!...pernah satu ketika(masa kecik2 dulu...), kiteorang selalu gaduh…bila gaduh, kiteorang ape lagi, terus bertumbuk…last sekali, dia yang kalah..dulu badannya montel…jadi, bila dah gaduh, saya akan naik atas badan die..dan die akan nangis sebab dah tak boleh melawan balik…(jahatnya saya kalau difikir-fikirkan balik)...tapi sekarang, saya akan cuba elakkan daripada bergaduh dengan die, gerun…sekali ditolaknya saya, jatuh tergolek dibuatnya…ape pun die tetap adik saya.satu-satunya adik lelaki yang Allah takdirkan dalam hidup saya…jadi, masa die sakit, ape lagi, kena jaga pemakanannya…tak boleh makan makanan berminyak, bergoreng, dan sebagainya…

12 0ktober..Malam tu ayah mintak saya agar tolong picitkan badan die…nak buat macam mana, pagi tu,ayah saya terpaksa pergi berniaga sorang-sorang tanpa ditemani abang saya yang tengah..masa tu abang saya sakit perut, kerap berulang alik ke tandas. Jadi, kesudahannya ayah saya dah “cram” satu badan…sebelum tu, die bagitahu yang saya pandai mengurut. Ape lagi, terus kembang kempis saya mendengar pujian ayah..tapi betul ke??? Tapi kalau nak ikutkan, rasanya kalau ayah sakit-sakit badan, hanya mak dan saya je jadi pilihan…daripada kecik-kecik dulu sampai lah saya dah besar sekarang, ayah akan mintak jugak saya picitkan.Masa kecik, gaya urutan saya, naik atas belakang ayah, kadang- kadang melompat-lompat seolah-olah belakang ayah tu tilam..tapi ayah tak marah, Cuma die akan bagitahu,sakit2…tapi sekarang, dah berbeza…menyesalnya buat macam tu…apepun saya bangga kerana dah dapat penuhi hajt mak dan ayah walaupun kadang-kadang dengan mulut yang memuncung(kecik-kecik dulu…)

Selagi adenye mak dan ayah, saya berjanji untuk membahagiakan mereka…walaupun bukan dengan wang ringgit, tapi mungkin dengan curahan tenaga. Doa selalu dipanjatkan agar Allah panjangkan umur mereka…panjangkan umur mereka agar sempat melihat saya memegang segulung ijazah, sempat merasa duit hasil titik peluh saya, dapat memberi restu di hari bahagia saya(lambat lagi yang ni…),




dapat terbang ke Mekah buat kali yang kedua denagn duit saya,dan banyak lagi harapan saya…Sesungguhnya saya bahagia dikurniakan mereka yang ditetapkan Allah untuk menjadi mak dan ayah saya di dunia…InsyaAllah juga dii akhirat.


Masa kecik-kecik dulu, saya ada beberapa impian:

-mahu jadi seorang doctor(konfem xdapat dah sbb saya tak ambil kos sains masa kat sekolah dulu…), pastu nak jadi peguam(mungkin tak dapat dah…), dan yang latest, mungkin lecturer kot…

-mahu bina rumah yang besar agar semua adk beradik dapat tinggal dalam satu bumbung( mungkin tak bina rumah baru kot, tapi akan ubah suai rumah kami yang sedia ade.Mak saya bagitahu, sape yang tak nak tidur kat ruang tamu, nanti buat bilik sendiri… )





-mahu bawa mak dan ayah ke Mekah( InsyaAllah)

-mahu bina rumah kebajikan untuk semua golongan(orang tua, kanak-kanak terbuang, anak yatim piatu..) jika saya dikurniakan Allah dengan sedikit kekayaan..( InsyaAllah)

Walaupun tak semuanya dapat dicapai, tapi, saya akn berusaha ke arah itu.Moga Allah mendengar suara hati saya…Aamiin.



Al-Fatihah buat seluruh ahli keluarga yang telah menyahut panggilan Ilahi. Juga kepada sahabat-sahabat saya yang telah kehilangan orang tersayang. Jagailah dan sayangilah mereka selagi kita di beri kesempatan untuk berbuat demikian.




“Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu sayang kepada mak dan ayahku, keluargaku…Engkau telah menitipkan kasih sayang antara kami…Ya Allah, sesungguhnya mereka adalah insan yang terbaik…mereka telahirkanku, menjagaku dengan penuh kasih dan sayng, mendidik agar menjadi insane yang berguna… bahagiakanlah kehidupan kami, dunia dan akhirat…Pertemukanlah kami di taman-taman syurgaMu…” .




2 comments:

  1. insya-Allah tercapai.. huhu.. sedih jah bc.. semoga Allah memakbulkan segala harapan dan doamu.. insya-Allah..

    ReplyDelete
  2. i/Allah...
    kita same2 jd anak2 yg solehah ktika ibubapa kita msih hidup...
    Arap2 impian awk trcapai...Ameen..

    ReplyDelete